Trivia Pendekar Awang: Darah Indera Gajah

  • Penampilan sulung Nadhir Nassar dan Amir Anhaf ke layar perak menerusi Pendekar Awang: Darah Indera Gajah ,mereka berdua dipilih oleh Studio Kembara dan Saiful Reza kerana beliau (Saiful) pernah bekerjasama Nadhir, Amir dalam drama Projek: High Council pada 2022. Adegan Andak dimainkan oleh Amir tidak banyak kerana muncul di tengah babak.
  • Fazura bercerita perjalanan filem ini dalam The Making of, beliau berkata tertarik jalan cerita itu kerana bawa cerita perjuangan kaum wanita yang sama-sama membantu Awang. Selain itu dapat gandingan semula dengan suaminya (Fattah) dan beberapa pelakon wanita lain.
  • Reza Hillman membawa watak Dahlan juga bertindak sebagai stuntman untuk semua pelakon terlibat.
  • Heliza Helmi kembali berlakon selepas beberapa tahun dengan kali terakhir filem Syurga Cinta tahun 2009 dan drama Warkah Cinta pada 2013.
  • Lokasi penggambaran dijalankan di sekitar hutan di Puncak Alam, Selangor dan babak pantai di Cerating, Pahang antara pertengahan tahun 2023.